Banner Image

All Services

Writing & Translation Articles & News

Ratu Elizabeth II sebalik kemasyhuran Ra

$5/hr Starting at $25

PETALING JAYA: Mungkin ramai tidak mengetahui yang Ratu Elizabeth II memainkan peranan penting dalam membawa kemasyhuran kepada kumpulan nasyid Raihan di persada antarabangsa. 

Kumpulan nasyid disertai lima anggota itu mencetuskan fenomena dalam senario muzik tempatan pada 1996, dijemput mewakili Malaysia pada majlis gala diraja di Edinburgh, Scotland, pada 1997, yang turut menjadi persembahan antarabangsa pertama mereka 

Majlis gala yang diadakan sempena Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM) itu, menyaksikan setiap negara Komanwel menyampaikan persembahan masing-masing.

Salah seorang anggota Raihan, Che Amran Idris, memberitahu FMT bahawa persembahan mereka menarik perhatian Ratu dan Putera Charles, malah baginda pergi ke belakang pentas untuk bertemu mereka.

Setahun kemudian, Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998, dengan Ratu Elizabeth merasmikan majlis penutup.

Che Amran berkata, sebelum ketibaan baginda, Raihan dimaklumkan oleh Wisma Putra bahawa Istana Buckingham telah meminta pertemuan diadakan antara Ratu Elizabeth dan kumpulannya.

Pertemuan itu, yang menurut Che Amran “masih segar dalam ingatan”, diadakan di Synchrosound Studio di Petaling Jaya, di mana kumpulan itu sekali lagi merakamkan lagu hit mereka Syukur, yang pada asalnya dikeluarkan pada tahun sebelumnya.

“Untuk rakaman semula itu, Ratu sendiri menekan butang ‘rakam’,” cerita Che Amran.

“Selepas itu, kami berbual pendek dengan Ratu, yang kemudian berkata baginda menghormati kerja kami dan gembira kerana ia diterima dengan baik.

“Baginda berkata ia membantu mempromosikan ‘Wajah manis Islam’ di seluruh dunia dan baginda berbangga dengan kejayaan kami.

“Kami benar-benar terharu dengan apa yang diperkatakan oleh Ratu dan ia memberi kami keyakinan bahawa kami boleh mempamerkan, dan mendapat pengiktirafan untuk, produk Malaysia kami di peringkat global,” katanya.

Sejak pertemuan itu, Raihan telah membuat persembahan di Australia, Kanada, China, Perancis, Indonesia, Rusia, Singapura, Arab Saudi, Thailand, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Menggelarkan sesi studio sebagai peluang keemasan yang mana Raihan “tidak pernah menyangka akan memperolehnya”, Che Amran amat teruja dengan sambutan Ratu Elizabeth terhadap CD yang mereka berikan kepada baginda.

“Baginda memegangnya sendiri, baginda tidak mahu pengawal peribadinya memegangnya,” katanya.

About

$5/hr Ongoing

Download Resume

Skills & Expertise

APA StyleArticle EditingArticle WritingFeature WritingHow to ArticlesInvestigative ReportingJournalism

0 Reviews

This Freelancer has not received any feedback.